Malaysia menentang keras hasrat Israel untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci bagi umat Islam dan penganut Kristian.
"Langkah ini merupakan satu lagi perbuatan mencabul undang-undang antarabangsa dan akan memburukkan lagi keadaan di wilayah Palestin yang diduduki rejim Yahudi itu.
"Israel juga perlu menghentikan semua kegiatan penempatan haram dan meroboh struktur binaan rakyat Palestin serta mematuhi gesaan masyarakat antarabangsa supaya menarik balik sekatan haram yang dikenakan terhadap Gaza," kata Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin pada mesyuarat antarabangsa dua hari Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyokong perdamaian Israel-Palestin, yang bermula hari ini.
Malaysia terus mengutuk keras kegiatan penempatan haram yang sedang dilakukan Israel, yang berkali-kali diisytihar sebagai perbuatan melanggar undang-undang dan tidak sah oleh pelbagai badan antarabangsa. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor