Pages

Friday, April 5, 2013

PKR Pahang Bubar


KUANTAN - Berikutan pencalonan Datuk Fauzi Abdul Rahman di kerusi Indera Mahkota, pengasas PKR di Pahang, G. Ramponusamy mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas semata-mata untuk menentang Pengerusi PKR Pahang itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Tindakan itu disifatkan sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Fauzi di Pahang.

Ramponusamy yang juga bekas Timbalan Pengerusi III PKR negeri mendakwa, keputusannya untuk bertanding turut didorong oleh permintaan sebahagian besar ahli parti yang tidak bersetuju Fauzi dinamakan sebagai calon menggantikan Azan Ismail di kerusi itu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Beserah baru-baru ini mengumumkan Fauzi sebagai calon PKR di kerusi parlimen Indera Mahkota.

Walau bagaimanapun sebaik sahaja Anwar mengumumkan perkara itu, penyokong parti pembangkang yang hadir mencemuh nama Fauzi lalu terus beredar meninggalkan tapak ceramah menyebabkan Anwar Ibrahim mendapat malu besar.

"Booo...booo Datuk Fauzi Abdul Rahman..booo..." laung sekumpulan lelaki terhadap bekas ahli Umno itu.

Fauzi merupakan bekas ADUN Beserah dari tahun 1995 sehingga 2004 sebelum keluar Umno dan menyertai PKR pada 2008.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor