Pages
▼
Thursday, April 4, 2013
Penduduk Kuantan Mendapat BR1M Fasa Akhir
Sebanyak 3,974 penduduk di sekitar daerah ini menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 fasa terakhir melibatkan tiga kawasan Parlimen yang diadakan di Stadium Tertutup Sukpa semalam.
Penyampaian tersebut melibatkan Parlimen Kuantan, Parlimen Paya Besar dan Parlimen Indera Mahkota dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dengan melibatkan bantuan sebanyak RM500 dan RM250.
Majlis itu juga turut dihadiri Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail; Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusof; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Datuk Zaili Besar; ADUN Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah dan ADUN Inderapura, Datuk Shafik Fauzan Sharif.
Proses pemberian bantuan tersebut mengambil masa kira-kira dua jam apabila kalangan ahli parlimen dan ADUN menyampaikan sendiri kepada mereka dan kemudian menuntut baucar tersebut di kaunter disediakan di situ.
Adnan dalam ucapannya berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji yang dibuat sebelum ini dan rakyat boleh menilai kelebihan diterima oleh mereka.
Tambahnya, pelbagai transformasi diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan kerajaan sedia ada mampu membawa perubahan hidup kepada masyarakat dan negara.
"Tukar kerajaan ini tidak boleh dianggap macam tukar isteri..Jadi, tuan-tuan puan-puan perlu bijak dan menilai usaha kerajaan yang berjaya mengubah kehidupan rakyat selepas negara mencapai kemerdekaan.
"Pemberian BR1M 2.0 merupakan salah satu usaha transformasi kerajaan bagi rakyat berpendapatan sederhana rendah dan rendah. Perdana Menteri baru-baru ini telah memutuskan bahawa bantuan tersebut diberikan setiap tahun," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor