MELAKA 9 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak
pemimpin pembangkang yang menuduh insiden pencerobohan bersenjata di
Lahad Datu, Sabah sebagai satu sandiwara sedangkan pasukan keselamatan
negara berkorban nyawa bagi mempertahankan negara.
Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah
mengarahkan anggota keselamatan melakukan sandiwara sebaliknya
mengarahkan mereka mempertahan dan menjaga kedaulatan negara.
"Cuba fikir boleh tidak kita mencari pelakon yang sanggup mati dalam
lakonan mereka? Ada tidak yang nak jadi sukarela (berlakon) yang bawa
dia mati?
"Saya percaya tidak ada seorang pun yang sanggup bersandiwara
sebegitu," katanya ketika berucap merasmikan Menara Persekutuan di Pusat
Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini hari ini. (Sumber: Utusan Malaysia Online)
---------------------------------------------------------
Kita sangat dukacita, Tian Chua bermulut celupar memainkan isu keselamatan dan nyawa dengan mengatakan isu Lahad Datu adalah sandiwara. Keselamatan negara bukan barang mainan dan nyawa tidak boleh dijual beli. Jika berani pergilah ke Lahad Datu berperang menentang penceroboh-penceroboh.
Kenyataan biadap Tian Chua ini telah menyinggung perasaan keluarga wira negara yang terkorban, anggota keselamatan yang sedang bertugas atau bersara. Jelas sekali Tian Chua tidak sensitif sehingga sanggup mempersendakan keselamatan negara dan nyawa anggota keselamatan yang terkorban. Pakatan Pembangkang semua benda mahu dipolitikkan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor