Tamrin
Ghafar ‘gagal’ dalam siri Jelajah ke beberapa lokasi di Negeri Pahang baru-baru
ini. Bukan itu sahaja, orang ramai naik hairan bagaimana anak tokoh pemimpin
negara Allahyarham Tun Ghafar Baba boleh berada di pentas pembangkang sedangkan
puak-puak pembangkang seperti inilah yang menghina bapanya satu ketika dulu.
Masih segar
diingatan bagaimana liciknya Anwar Ibrahim menyingkirkan Ghafar Baba orang
nombor 2 negara yang merupakan seorang yang banyak berjasa kepada negara
puluhan tahun lamanya malahan sejak menuntut kemerdekaan lagi. Tamrin Ghafar seolah-olah
menganggap peristiwa mencantas perjuangan bapanya oleh individu bernama Anwar
Ibrahim tidak pernah berlaku. Tamrin Ghafar boleh diumpamakan seperti ‘Si
Tanggang Moden’.
Sungguh
melucukan apabila Pakatan Pembangkang ‘memikul’ Tamrin Ghafar ke hulu hilir
dalam siri ceramah di Pahang baru-baru ini, beliau sudah lama keluar daripada
UMNO tetapi pembangkang masih minta beliau dedahkan kenapa beliau keluar daripada
UMNO. Ini menunjukkan pembangkang sudah kering idea kerana Tamrin bukan semalam
atau bulan lalu keluar daripada UMNO. Pembangkang sudah terdesak agaknya sehingga
sanggup kitar semula isu lama.
Tamrin
Ghafar sekiranya berani pergilah ke Lahad Datu, jangan hanya pandai mengkritik
pasukan keselamatan sahaja. Tamrin Ghafar sepatutnya beri semangat kepada
pasukan kreselamatan yang masih berjuang di perbatasan.
Semoga
Tamrin Ghafar terbuka hati dan kembali ke pangkal jalan, Tamrin Ghafar kini
sedang dipergunakan oleh pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim bagi membuktikan
kepada masyarakat bahawa beliau tidak pernah ada masalah dengan Tun Ghafar.
Sekiranya Tamrin Ghafar sudah tertutup hati, bak kata sesetengah veteran UMNO :
“Pemimpin begini tidak diperlukan dalam UMNO kerana tidak bermaruah, tidak
konsisten, gadai prinsip perjuangan dan mengutamakan kepentingan peribadi”.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor