PAS dan DERMA memang tidak dapat dipisahkan lagi umpama jari dan kuku, ombak dan pantai, aur dan tebing. Siapalah PAS tanpa derma kalian. Terbaru PAS mengadakan Pelancaran DANA PRU13 di Markaz PAS Putra Balok Kuantan. Tinjauan mendapati tidak ramai yang hadir ke pelancaran DANA ini dan kalau yang hadir pun hanya penyokong tegar PR sahaja.
PAS memang cekap bab tarik minat orang ramai menghulurkan duit dari poket, apatah lagi dicanangkan DANA tersebut untuk membantu PAS menghadapi PRU 13. Apa yang menariknya, sebelum PAS membuat kutipan, PAS umum dahulu kepada khalayak : "kutipan derma Dana PRU 13 minima adalah RM 10..". Barangkali ini fatwa baru PAS, nak derma mesti RM 10, bagaimana kalau pak cik dan mak cik golongan susah mahu derma RM 1?. Kebiasaannya kalau kita nak derma terpulang berapa RM yang kita mahu bagi tetapi apa yang berlaku malam itu adalah sebaliknya.
Kadang-kadang apabila sebut derma PAS ini kita jadi fobia apabila teringatkan penyelewengan
tabung Memali yang dikutip oleh Pas sejak bertahun-tahun lalu yang kononnya untuk membantu keluarga peristiwa Memali, namun derma orang ramai tersebut lesap entah ke mana.
Kita juga hairan, bagaimana sebuah parti yang memperjuangkan NEGARA BERKEBAJIKAN boleh mengemis derma RM 10 setiap seorang sepatutnya PAS lah memberi bantuan kepada rakyat bukan 'korek' duit rakyat. Kalau tuan/puan nampak lori treler 'NEGARA BERKEBAJIKAN' baik tidak payah hampiri kerana bukan barang keperluan dapur dan hamper yang dibawa untuk rakyat sebaliknya hanya sebuah lori yang diubah suai menjadi pentas yang mempunyai microfon kemudian berceramahlah mereka menabur janji-janji manis.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor