"Anwar
Ibrahim (mesti) bertaubat dan jangan pergunakan keluarganya demi
kerakusan kuasa nak menjadi Perdana Menteri. Bertaubat dari terus
meliwat anak muda dan saya sendiri minta Anwar Ibrahim jangan gunakan
wang ringgit bagi membeli keluarga saya," kata Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada pemberita pada
Sidang Media di Jalan Dutamas, di sini hari ini.
A. KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI AZLAN
1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.
2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.
3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.
4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.
4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.
5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.
6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa.
7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.
8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini.
9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.
Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar
(MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN)

*******
B. KENYATAAN DATUK DR HASAN ALI
Kenyataan Azlan Mohd Lazim,bapa Saiful Bukhari yang memohon maaf kepada
Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah
Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan.Umum
mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik
terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik
beliau.Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam
Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan
yang sangat hebat dalam karier politik beliau.Selain daripada itu PAS
yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak
menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul
menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu.Kenyataan bapa
Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak
diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan
sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah
pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki
kerusi Perdana Menteri.
Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral
yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan
menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya
beragama Islam.Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam
semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan
pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana
Menteri.Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang
menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah
merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan
oleh Anwar dan konco-konconya.Kenyataan pusingan “U” Azlan itu bagi
sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah
dijangka.Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang
terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas
untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya.Adalah jelas
pertelingkahan keluarga dan kredibiliti bapa Saiful Bukhari yang boleh
dipersoalkan oleh banyak pihak menjadikan jalan penyambung hayat politik
Anwar Ibrahim tidaklah begitu meyakinkan.Masyarakat yang mengikuti
perbicaraan yang begitu lama dengan penangguhan puluhan kali sebenarnya
telah letih dan jelak dengan mainan politik Anwar Ibrahim.
Timbulnya gelagat bapa Saiful Bukhari yang terakhir ini bagi sesetengah
pihak menjauhkan lagi sokongan mereka terhadap Anwar dan sebahagiannya
pula sudah muak dan tidak bernafsu untuk mengikuti episod
selanjutnya.Rakyat Malaysia sudah memahami hakikat mainan politik Anwar
Ibrahim sejak tahun 1998 lagi. Rakyat disuapkan dengan pelbagai telatah
politik yang memualkan dan apa yang disaksikan hari ini tidak lain
daripada gandingan lakonan sandiwara politik yang sebenarnya tidak laku
lagi untuk dipentaskan.Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim
tidak akan ada jalan penamatnya.Tutup di kepala ekor pula yang
terbuka.Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah
moral Anwar Ibrahim.Seperti yang diketahui deretan episod melibatkan
moral orang yang akan dijadikan Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat
lambat laun akan menemukan buku dengan ruas.Pepatah juga mengatakan
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya.Pepatah
ini dicipta oleh pendita-pendita terdahulu sudah tentunya mempunyai
kebenarannya yang tersendiri dan dalam konteks dunia moden kini
barangkali rakyat Malaysia boleh lebih awal membuat dugaan siapa yang
bakal menjadi tupai tersebut.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Taman Tun Dr Ismail,KL
8 MAC 2013
*******
C. KENYATAAN KELUARGA SAIFUL
Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu
yang lalu selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga. Bapa
Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk
mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd
Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama
Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar
Anwar Ibrahim Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari
ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari,Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat
kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum
KEADILAN,Anwar Ibrahim seperti berikut :
“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari
telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab
termasuk Khairil Annas Jusoh,pegawai khas kepada Perdana Menteri.Mereka
inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan
terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada
sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman
Melati, Gombak,pagi ini.
Rakyat pasti peristiwa peguamcara II Mohd Yusuf yang juga dibayar oleh
Anwar Ibrahim kembali lagi demi untuk memertabatkan Anwar Ibrahim
sebagai Perdana Menteri.Dalam keadaan bapa Saiful Azlan Mohd Lazim
mengalami masalah Johari Bendul berjaya menangkapnya dan diberikan 'sesuatu' dengan
hanya mengaku bahawa Liwat adalah konspirasi sahaja.Selesai
masalah.Semalam Ng Lum Yong juga mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim
mengarahkan SUARAM membayar kepada pemberontak Sulu supaya membuat
kekecohan demi untuk menggugatkan ketenteraman awam.Rakyat perlu tahu
siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan rakyat meminta jika benar itu adalah
konspirasi Azlan Mohd Lazim dicabar bersumpah sambil menjunjung Al-Quran
sepertimana yang anaknya Saiful Azlan lakukan.Demi duit apa pun boleh
jadi sanggup gadaikan maruah keluarga sendiri.
Saiful Bukhari ketika dihubungi mengatakan bahawa bapanya Azlan Mohd
lazim telah dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar Ibrahim yang sentiasa
berkeliaran.Azlan mengaku bahawa bapanya sebelum ini bergaduh dengan
keluarga sehingga keluar dari mulut Azlan,aku akan musnahkan "UMNO dan kau sekali" dan beliau terus keluar.
Saiful Bukhari akan memberi tindakbalas.
SELAMAT MEMBACA KOLEKSI KENYATAAN 'PANAS' DAN RENUNG-RENUNGKAN...
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor