Pages

Wednesday, December 19, 2012

PROGRAM 1 DAERAH 1 LOKALITI DI JERANTUT

YB Dato' Lau Lee merasmikan program 1 Daerah 1 Lokaliti.


Program 1 Daerah 1 Lokaliti yang bertujuan memastikan kebersihan premis makanan di daerah Jerantut dapat dipertingkatkan telah dianjurkan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut. Program berkenaan telah diresmikan oleh YB ADUN Damak Dato' Lau Lee pada petang semalam (Selasa 18hb. Disember 2012).

Acara perasmiannya diadakan di Gerai Makan MDJ, Masjid Tengku Ahmad, Jerantut jam 3.30 petang yang turut dihadiri oleh Pegawai Kesihatan Daerah. Dalam ucapannya, Pegawai Kesihatan Daerah memaklumkan bahawa program berkenaan adalah bertujuan memantau kebersihan premis makanan diseluruh kawasan perbandaran Jerantut yang mana melibatkan lebih 500 pengusaha.

Dato' Lau Lee dalam ucapannya memfokuskan kebersihan premis makanan dibandar ini yang disifatkan sangat penting berikutan ianya juga dikunjungi oleh para pelancong tempatan dan luar negara. Kebersihan premis makanan akan dapat memberikan gambaran baik kepada para pelancong yang mengunjungi bandar ini sebelum atau selepas berkunjung ke Taman Negara.

Beliau juga berharap agak pengusaha premis makanan sentiasa mementingkan kebersihan makanan yang disediakan serta kebersihan kawasan premis dan persekitarannya. Dalam menyediakan makanan, pengusaha disaran agar berfikir bahawa makanan yang mereka masak itu adalah juga untuk makanan mereka sekeluarga. Jikalau mereka sendiri tidak sanggup memakan apa yang mereka sediakan bagaimana mereka mengharap orang lain akan memakannya.

Lau Lee juga berharap penduduk dapat mengubah sikap dengan mengamalkan penjagaan kebersihan secara konsisten. Menurut beliau, kebersihan persekitaran yang tidak memuaskan adalah kerana sikap kita sendiri yang tidak membantu menjaga kebersihan bersama. Kita mestilah mengutamakan kebersihan dimana-mana dan bila-bila masa saja.

YB Dato' Lau Lee juga menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Mini Chef yang diadakan pada sebelah pagi. Pemenang tempat pertama adalah gerai Anjung Selera. Manakala pemenang kedua jatuh kepada gerai Rashidah sementara pemenang ketiga Ramani Curry House. Selain itu cenderamata cabutan bertuah juga turut disampaikan  kepada mereka yang bertuah.


















































No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor