Pages

Wednesday, December 19, 2012

PAS Tidak Peduli Akidah Umat Islam


Ustaz Ismail Mina berkata PAS konsisten tidak mempertahankan aqidah Islam dengan memberi tiga contoh yang berlaku dalam negara ini.

“Apabila umat Islam mengadakan perhimpunan di Stadium Melawati Shah Alam..saya sendiri telefon Setiausaha Agung PAS, kenapa tidak bersama. PAS Tidak bersama.

“Pada hal isu ini isu ummah. PAS yang mengatakan ia nak perjuangkan Islam, nak pertahankan aqidah Islam, kenapa ia tidak mahu bersama,”katanya.

Oleh itu, tidak menghairankan kata Ismail Mina apabila PAS tidak mahu mengambil apa-apa pendirian apabila Naib Presiden PKR, Nurul Izzah bercakap di gereja Subang Jaya yang ditafsirkan membuka ruang kebebasan agama.

“Sebab itu di dalam isu penularan fahaman Syiah Khomenei di dalam PAS, mereka tidak ambil apa-apa tindakan.

“Maka dalam isu Nurul Izzah ini adalah logik, mereka tidak akan mengambil apa-apa tindakan kerana bagi mereka bukan penting akidah.

“Kalau penting, mereka akan memanggil orang yang terlibat dalam fahaman Syiah, sepertimana dipanggil YB Nasha,”katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor