Kemewahan yang ditawarkan mubaligh Kristian kepada Orang Asli di negeri ini hanya untuk mengaburi mata dan bersifat sementara.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
(Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, kemewahan itu
belum tentu dapat menampung keperluan Orang Asli secara keseluruhannya.
“Kemudahan dan kemewahan yang ditawarkan oleh mubaligh Kristian hanya
untuk menarik perhatian Orang Asli supaya mereka bertukar agama dan
kemudian keperluan mereka mungkin akan diabaikan.
“Apa yang berlaku sekarang bukan sesuatu yang membimbangkan, malah saya yakin pihak Muip mampu menanganinya,” katanya semalam.
Katanya, bantuan yang dihulurkan kepada Orang Asli di negeri ini meliputi kemudahan bersifat kesinambungan.
“Kita akan membantu Orang Asli dari awal mereka memeluk Islam hingga
mampu untuk berdikari. Sebagai contoh, kita menyediakan bantuan saraan
mualaf selama tujuh tahun di mana setiap pemohon akan menerima sebanyak
RM300 sebulan dan RM50 bagi setiap
tanggungan.
“Selepas tamat tempoh tujuh tahun itu, jika mereka masih tidak mampu
menanggung keluarga, boleh membuat permohonan kepada Muip untuk
melanjutkan bantuan,” katanya.
Wan Abdul Wahid berkata, pihaknya juga sudah menambah seramai 30
pembantu penggerak yang bakal ditempatkan di perkampungan Orang Asli
dalam masa terdekat.
“Semua pembantu penggerak yang terdiri daripada Orang Asli sendiri
sudah menjalani latihan selama setahun di Yayasan Pahang dan dibekalkan
dengan ilmu agama untuk membimbing rakan lain.
“Saya yakin dengan penambahan pembantu penggerak ini, kita mampu
mengawal kegiatan mubaligh Kristian serta menghalang mereka daripada
terus meracuni fikiran Orang Asli,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor