Sebelum ini heboh dikalangan rakyat tentang pembelian bas dan juga lori yang diubahsuai oleh parti PKR. Bas yang berharga lima ratus ribu ringgit terpampang megah gambar Anwar Ibrahim dibawa merata tempat bagi menunjukkan keangkuhan beliau kepada rakyat.
Dan baru baru ini Anwar Ibrahim sekali lagi membazirkan wang rakyat dengan membeli jet peribadi. Walaupun pembangkang hanya menguasai tiga buah negeri, tetapi mereka hidup mengamalkan gaya hidup mewah yang tidak terjangkau oleh fikiran rakyat.
Baru tiga negeri memerintah, sudah begitu banyak wang rakyat digunakan untuk kegunaan peribadi. Bayangkan pula jika mereka memerintah satu negara. Sudah pasti lagi banyak wang rakyat digunakan mereka untuk kepentingan peribadi.
Disaat Anwar Ibrahim bermegah dengan bas dan jet peribadi, rakyat Selangor pula terpaksa turun naik mahkamah bagi menuntut hak dan janji pembangkang didalam manisfesto pilihanraya dahulu. Janji pembangkang mahu memberikan air percuma, pendidikan percuma, mengurangkan cukai pintu dan lain lain langsung tidak ditunaikan.
Sebaliknya setelah mereka berkuasa, mereka dengan segera mengambil wang rakyat untuk kegunaan peribadi mereka sendiri. Jika penasihat ekonomi yang berharga 1 ringgit mampu menggunakan bas dua tingkat dan jet peribadi, bayangkan pula berapa juta ringgit wang rakyat yang diambil oleh MB dan barisan exco mereka.
perompak duit rakyat
ReplyDelete