Pages

Monday, August 6, 2012

Pembangkang Hanya Pandai Berjanji


BENTONG - Rakyat sekali lagi diingatkan jangan terperangkap dengan janji-janji manis pembangkang yang antaranya akan melupuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), menurunkan harga barang dan minyak.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata semua janji-janji manis itu semata-mata untuk mendapat undi pilihan raya bagi membolehkan pembangkang berkuasa.

"Jika PTPTN dihapuskan maka tiada lagi peluang pelajar terutamanya golongan miskin melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi di dalam negara," katanya ketika berucap pada Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri anjuran bersama Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Majlis Perbandaran Bentong, di sini hari ini.

Katanya kerajaan membelanjakan lebih RM44 bilion setakat ini bagi memberi pinjaman kepada 1.92 juta pelajar melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara.

Adnan berkata bagi Kementerian Kesihatan sahaja kerajaan menyediakan peruntukan RM18 bilion.

"Kerajaan juga memperuntukkan lebih RM50 bilion setahun bagi menampung subsidi, malah tiada cadangan kerajaan untuk memberhentikan subsidi itu setakat ini untuk mengelakkan rakyat menanggung bebanan kos hidup yang semakin meningkat," katanya. -Bernama

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor