Sukan Malaysia Pahang (SUKMA Pahang) kini hanya tinggal 5 hari sahaja lagi. Ianya dijadualkan berlangsung bermula dari 7 hingga 16 Julai 2012.
Pada mulanya, pelbagai pihak mempunyai tanggapan bahawa beberapa venue pertandingan sempena acara tersebut tidak dapat disiapkan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan.
Namun, YAB Menteri Besar Pahang yakin yang pihak bertanggungjawab mampu untuk menyelesaikan tugas - tugas yang diberikan pada tempoh yang telah diberi.
Kerisauan utama pihak Kerajaan Negeri adalah berkenaan dengan kolam renang yang mana ianya telah selesai disiapkan kelmarin.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor