Pages

Monday, July 2, 2012

Pahang Mendapat Emas Pertama


KUANTAN - Pulau Pinang menerajui carta pungutan pingat setelah berjaya merangkul tiga daripada lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara karate pada hari pertama temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-15 Pahang hari ini.

Kontinjen Pulau Pinang merangkul emas dalam acara Kata individu wanita menerusi Thor Chee Yee yang mengalahkan atlet Johor, Chun Jin Wee.

Kemudian Lim Chee Wei pula menambah kutipan emas Pulau Pinang selepas mengalahkan atlet tuan rumah, Emmanuel Leong Theng Kuang dalam kategori Kata individu lelaki.

Manakala emas ketiga skuad Pulau Pinang disumbangkan oleh Nur Eleena Anis Ab Malik dalam acara Kumite individu wanita.

Pulau Pinang berjaya mengutip empat pingat keseluruhan termasuk sebutir gangsa.

Dalam pada itu, Wilayah Persekutuan turut berjaya merangkul dua emas, satu
perak dan tiga gangsa untuk menduduki tempat kedua dalam carta.

Wilayah Persekutuan berjaya memperolehi pingat emas menerusi kategori Kumite lelaki individu atas 84 kg selepas V.Davaraj Venkatesan mengalahkan P. Navin Raj dari Negeri sembilan dalam pertarungan akhir.

Sharrma Jaya Rama menyumbang emaas kedua menerusi kategori Kumite lelaki individu bawah 84kg dengan mengalahkan M. Kumareswaran dari Selangor.

Tiga lagi pingat emas yang dipertandingkan berjaya digondol oleh atlet dari Negeri Sembilan, S. Shanthi bagi kategori Kumite Wanita Individu atas 68kg, atlet Pahang Govinash Raja Kumar kategori Kumite lelaki individu bawah 60kg dan atlet Kedah, S. Sharmini dalam kategori Kumite wanita individu bawah 68kg.

Esok lapan lagi pingat emas dalam acara karate akan dipertandingkan bagi kategori Kata pasukan wanita, Kata pasukan lelaki, Kumite lelaki individu bawah 67kg, Kumite wanita individu bawah 55kg, Kumite wanita individu bawah 50kg, Kumite lelaki individu bawah 55kg, Kumite wanita individu bawah 61kg dan Kumite lelaki individu bawah 75kg.

Acara itu akan berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula 9 pagi.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor