Pages
▼
Sunday, July 1, 2012
CEO Sukma Pahang Masuk Kolam
KUANTAN - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sekretariat Sukan Malaysia (Sukma) Pahang, Ahmad Hairi Hussain hari ini bertindak terjun ke kolam renang kerana terlalu gembira setelah gelanggang temasya dwi-tahunan itu siap dinaik taraf.
Kompleks Kolam Renang Bandar Indera Mahkota yang menjadi gelanggang terakhir siap dinaik taraf untuk temasya itu, akan menjadi venue bagi acara akuatik pada Sukma ke-15 dan sebelum ini tertangguh beberapa kali dalam kerja-kerja pengubahsuaian.
"Ini merupakan venue terakhir (disiapkan) yang diserahkan kepada Sekretariat Sukma. Kompleks kolam renang ini sepatutnya siap 30 Mei lepas tetapi dianjak tarikh siap kepada 20 Jun lepas, namun masih tergendala sebelum siap sepenuhnya hari ini.
"Kelewatan venue berkenaan disebabkan beberapa faktor seperti keadaan cuaca dan barangan yang diimport untuk kerja-kerja pembinaan lewat sampai," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Ahmad Hairi yang berpakaian T-shirt dan seluar panjang terjun ke kolam renang berkenaan sebagai tanda gembira setelah kesemua 22 venue acara sukan temasya itu siap sepenuhnya.
"Kos menaik taraf dan pengubahsuaian venue melibatkan sebanyak RM21 juta. Semalam, dua venue iaitu gelanggang ekuestrian dan lapang sasar menembak juga telah diserahkan kepada Sekretariat Sukma," katanya.
Beliau berkata, Sukma kali ini bakal melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM238 juta termasuk kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf gelanggang serta pembelian peralatan pertandingan.
"Pihak sekretariat berpuas hati dengan persediaan yang telah dibuat bagi menghadapi Sukma nanti," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor