Pages

Monday, January 16, 2012

Undang Undang Melarang Homoseksual Wajar Dipertahankan


Undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini relevan dan berperanan luas dalam mengekang gejala di luar tabii yang melanggar kejadian semula jadi itu daripada terus menular.

Sambil membidas tindakan mempertikaikan undang-undang tersebut, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, kewujudan undang-undang berkaitan homoseksual itu selaras dengan undang-undang Islam dan lain-lain peraturan agama di Malaysia.


Di dalam Perlembagaan, katanya, secara jelas menyatakan bahawa Islam sebagai agama rasmi dan tiada pihak boleh meminda undang-undang yang sememangnya selaras dengan agama Islam.

"Pada pendapat saya, kita tidak harus terikut-ikut dengan pendekatan hak asasi tajaan Barat. Undang-undang berkaitan homoseksual yang ada selaras dengan undang-undang Islam dan semua peraturan agama lain di Malaysia.

"Menghalalkan gejala homoseksual dan seumpamanya akan merosakkan reputasi negara kita pada mata dunia Islam sebagai negara Islam yang berpegang kuat kepada undang-undang agama itu di samping menjadi sebuah negara di ambang status negara maju.

"Kenapa kita harus merosakkan semua itu dengan meminda undang-undang sedia ada demi kepentingan kumpulan-kumpulan songsang ini? Saya rasa ini adalah untuk kepentingan politik peribadi jangka masa pendek yang dapat memberi kesan jangka panjang teramat besar kepada orang islam khususnya," katanya.

Menghalalkan homoseksual adalah perbuatan terkutuk. Homoseksual jelas bercanggah dengan ajaran islam. Sesiapa yang mahu membenarkan perbuatan ini seharusnya dikecam kerana ianya bukan sahaja menghina agama islam selaku agama rasmi, malah ianya juga bercanggah dengan sifat tabii manusia.

Pemimpin PAS seharusnya menilai semula hubungan mereka dengan Anwar Ibrahim. Sokongan pertubuhan gay dan pandangan beliau yang mahukan undang undang antigay dihapuskan jelas menunjukkan kecenderungan beliau terhadap aktiviti homoseksual.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor