Kuantan - Kerajaan bersikap terbuka dan sedia menerima kritikan dan teguran dalam semua perkara termasuk isu Lynas yang hangat diperkatakan di sekitar Kuantan. Justeru itu kerajaan menawarkan orang awam boleh melihat dokumen mengenai kebenaran operasi kilang Lynas itu bermula sekarang sehingga 20hb. Januari 2012 akan datang.
Yang penting rakyat hendaklah faham dengan sebenar-benarnya bahawa kilang Lynas bukanlah loji nuklear seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang sebelum ini. Oleh itu tidak akan berlaku sebarang letupan dan penyebaran ridiasi seperti yang didakwa.
Kita berharap semua yang dalam keraguan akan mengambil peluang berkenaan untuk mendapat maklumat yang benar dan tepat dari sumber yang dipercayai. Ini kelak akan dapat menghilangkan keresahan rakyat yang telah dipesongkan akibat maklumat salah dan hasutan pihak pembangkang yang berkepentingan.

Berita Baik: Orang Awam Boleh Melihat Serta Beri Ulasan Dokumen Lynas Mulai Esok Hingga 20 Jan
KUALA LUMPUR, 2 Jan - Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) telah menerima dokumen bagi permohonan lesen peringkat pengendalian sementara daripada Lynas (M) Sdn Bhd. Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Madinah Mohamad (foto) berkata, ia adalah dokumen baharu yang akan dikemukakan untuk pertimbangan LPTA dan ia akan dipamerkan bagi mendapatkan maklum balas awam bermula 8 hingga 17 Januari ini. Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata orang ramai boleh melihat dokumen itu di lokasi seperti berikut iaitu Ibu Pejabat LPTA di Dengkil dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK) di Kuantan pada Isnin hingga Jumaat ini. Pada hari Ahad hingga Khamis pula orang ramai boleh melihatnya di pejabat sementara LPTA di tapak syarikat Lynas (M) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Gebeng dan di Pejabat LPTA Cawangan Timur di Kemaman, Trengganu. "Bagi orang ramai yang ingin memberi ulasan berhubung dengan dokumen ini, mereka perlu mengemukakan ulasan menggunakan borang yang disediakan di lokasi berkenaan sebelum jam 12 tengah hari pada 20 Januari 2012 ini", katanya.
1 hari buka 7jam je, sekali cume leh seorang masuk, seorang sejam, 400 mukasurat kene abis dlm sejam? 8saat satu mukasurat? mane ketelusan?
ReplyDelete