Pemuda UMNO Kuantan hari ini menganjurkan program Jom Gunting Rambut Percuma 1Malaysia untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun sempena sesi persekolahan yang dijadualkan bermula Rabu ini.
Ketua Pemudanya, Suffian Awang berkata, program itu bertujuan mendekati rakyat serta mengurangkan beban kewangan ibu bapa setiap kali musim baru persekolahan tiba.
Selain itu, katanya, ia juga bagi menyahut seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan program dekati rakyat dijadikan amalan setiap ahli dan kepimpinan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN).
"Untuk program ini, kita jalankan secara serentak di lima kawasan iaitu di Peramu, Sungai Isap, Tanjung Api, Kampung Sri Belat dan Kampung Tengah.
"Program ini adalah pertama kali Pemuda UMNO Kuantan adakan dan insya-Allah kita akan menjadikannya sebagai acara tahunan selepas ini," katanya.
Mengulas lanjut, Suffian berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 600 kanak-kanak akan menyertai program dekati rakyat 1Malaysia tersebut.
"Sudah lama kita rancang untuk adakan program ini, ia tidak mempunyai motif apa-apa selain bertujuan membantu rakyat, ia juga bagi mengeratkan hubungan antara rakyat dan kepimpinan parti," katanya.
Dalam pada itu, katanya, program tersebut juga bagi memberi gambaran jelas bahawa, UMNO dan BN merupakan parti yang sentiasa mengutamakan rakyat dan tidak pernah mengabaikan nasib mereka seperti mana didakwa pembangkang.
"Kita akan terus laksanakan pelbagai program dekati rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," katanya.
Dengar khabar ada puak PAS tertekan dengan program semacam ini di Perak. Sebab dorang kononnya tak dapat pelanggan time nak masuk sekolah. Sebab tu dorang salahkan UMNO hahaha. Harap puak PAS kat Pahang ni tak adalah berfikiran sempit macam puak kat Perak tu. Insaflah rezeki yang kita dapat datangnya dari Allah s.w.t. Bukannya dari mana mana parti politik hehehehe.
Salam sahabat, mohon Pautkan blog sy disini,
ReplyDeletehttp://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com