Kumpulan NGO 'Save Malaysia Stop Lynas' biarpun gagal menghentikan projek 'nadir bumi' yang akan dilaksanakan oleh Lynas namun perbuatan mereka itu telah menakutkan pelabur asing untuk terus melabur di negeri Pahang.
Sebuah syarikat antara bangsa yang ternama 'Siemens' yang bercadang untuk memulakan operasinya di Pahang yang mana akan memberikan peluang pekerjaan kepada anak tempatan serta keuntungan cukai kepada kerajaan negeri telah mengubah pendiriannya kerana bimbang dengan gangguan yang diberikan oleh kumpulan NGO terbabit serta parti-parti politik pembangkang yang menyokongnya.
Apa yang dapat kita katakan lagi? Rezeki yang sepatutnya jadi milik kita sudah jadi milik orang lain. Mungkin tokoh-tokoh politik pembangkang yang ada dibelakang NGO berkenaan tidak merasai kesannya kerana mereka hiduop mewah dan berpendapatan besar, tetapi bagaimana dengan rakyat marhaen kita yang tidak punya pendapatan? Yang mencari-cari peluang pekerjaan? Harapkan pembangkang, mereka tidak membawa apa-apa pun.
Relakah kita jadi seperti negeri Kelantan yang tidak mampu membuka peluang pekerjaan kepada rakyatnya? Sehinggakan anak-anak mudanya terpaksa berhijrah keluar negeri sehingga ke Singapura semata-mata untuk mencari rezeki yang tidak mampu diberikan oleh kerajaan. Apa yang dapat Fuziah Saleh berikan kepada kita sebagai sumbangan untuk kehidupan kita?
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor