Pages
▼
Wednesday, December 21, 2011
Kedai Rakyat 1Malaysia
Pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Jaya Gading di sini dijangka memberi kemudahan kepada kira-kira 100,000 penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang rendah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Muhammad berkata, lokasi KR1M di sini amat strategik dan berdekatan dengan perumahan penduduk yang berpendapatan rendah dan sederhana.
"Waktu operasi yang juga bermula dari pukul 7 pagi sehingga pukul 11 malam setiap hari dilihat amat memudahkan rakyat untuk membeli barangan keperluan harian," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan KR1M Jaya Gading di sini semalam.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Khairuddin Mahmud dan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz.
Sementara itu, katanya, KR1M di Jalan Bukit Ubi di sini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan purata pelanggan kira-kira 1,000 orang sehari.
"Kedai tersebut juga mencatatkan jualan harian sekitar RM20,000 selepas hanya beberapa hari beroperasi berdasarkan sambutan hangat pengguna.
"Ini menunjukkan KR1M menjadi pilihan pengguna berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapatkan barangan keperluan harian mereka berikutan kenaikan kos sara hidup," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor