Pages

Monday, August 8, 2011

Tanah Runtuh: JKM Hulurkan Bantuan

Datuk Seri Sharizat dan Dato' Wan Ahmad Roshdi
di temubual oleh pihak media pagi tadi.
Susulan daripada tragedi Tanah Runtuh yang berlaku di Kampung Sungai Ruil lewat malam semalam, hari ini Jabatan kebajikan Masyarakat dan Kerajaan Negeri turun menghulurkan bantuan.

Malah, turut dilihat hadir dikawasan kejadian sejak awal pagi tadi ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi meninjau keadaan.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata bantuan tersebut akan diagihkan kepada mangsa yang kini dipindahkan ke penempatan sementara di dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Brinchang, Cameron Highlands.


"Agensi seperti Majlis Keselamatan Negara akan menyediakan bantuan kewangan kepada keluarga mangsa yang terjejas akibat tragedi tersebut bagi memastikan nasib mereka ini terbela,” katanya kepada pemberita selepas majlis Barakah Ramadan Bersama Kumpulan Sasar dan Jakel Trading di sini hari ini.


Selain itu, pihak Kerajaan Negeri juga turut akan membuat kajian serta menyediakan laporan mengenai kejadian yang berlaku.


Exco Kerajaan Negeri yang menjaga hal ehwal orang asli juga turut menyatakan bahawa kemungkinan penduduk - penduduk dikawasan tersebut akan dipindahkan ke lokasi lain.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail tidak menolak kemungkinan penduduk perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highland yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh semalam akan dipindahkan ke kawasan lebih selamat.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Kerajaan negeri Pahang perlu meneliti setiap aspek berhubung kejadian itu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat sejak 5 petang semalam, menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan berbukit berkenaan.

Tragedi itu meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata setakat ini, seramai 85 keluarga membabitkan 523 orang penduduk yang terbabit dalam kejadian itu ditempatkan sementara di dewan serba guna Brinchang.

Mereka merupakan sebahagian daripada kira-kira 1,200 penduduk Orang Asli daripada suku kaum Semai yang tinggal di kampung berkenaan.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Wanita UMNO Negeri Pahang.

1 comment:

  1. Takziah Kepada Keluarga mangsa.......tahniah Kepada keraajan negeri di atas keperhatinan.....

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor