Pages

Tuesday, August 9, 2011

Bonus : Siapa Tak Mahu Angkat Tangan!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. "Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA

* Penjawat awam lega dan bersyukur kerana bakal memperolehi Bonus RM500. Pemberian ini diberi tanpa mengira latar belakang kaum samaada mereka berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Pemberian ini juga tanpa mengira latar belakang ideologi politik kakitangan kerajaan. Adalah tidak mustahil pembangkang akan mempolitikkan pemberian bonus ini kerana mereka bimbang hilang sokongan daripada kakitangan kerajaan.

Mungkin mereka akan mengatakan ini adalah 'gula-gula' atau rasuah 'pilihan raya' dari kerajaan namun mereka ambil juga bonus yang dianggap rasuah itu. Sekiranya mereka kata ianya rasuah maka baik tidak perlu ambil dan pergilah minta dengan Kerajaan Pakatan Pembangkang.

Bagi sesiapa yang tidak mahu duit itu eloklah bagi senarai nama kepada kerajaan dan tidak payah masuk ke dalam akaun mereka. Yang pasti mereka akan bedal juga dan itulah budaya 'muka tak malu' mereka. 'Berpijaklah di bumi nyata', sudah banyak kerajaan menolong kamu dan keluarga kamu. Terima Kasih PM.

2 comments:

  1. kepala bapakmu... ape duit yg tak seberape bukan duit atok kamu yg bayor...aku peduli ape ambik tetap ambik

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor