Pages
▼
Wednesday, July 20, 2011
PTD Maran Menang Anugerah Emas MPC
Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Maran berjaya meraih anugerah Emas sempena Konvensyen Inovasi dan Kreatif Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Timur yang diadakan di Terengganu, baru-baru ini.
Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Salleh berkata, PTD Maran merupakan satu-satunya jabatan di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang menyertai konvensyen tersebut.
Menurutnya, Kumpulan SMART yang mewakili PTD Maran mempersembahkan projek yang bertajuk Kelewatan Pengeluaran Suratan Hak Milik Sementara Individu Selepas Menerima Notis 5A.
'' Projek itu dimulakan pada Februari tahun lalu dan dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan ketika melakukan lawatan kerja ke pejabat tersebut pada awal tahun ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurutnya, pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang mengeluarkan arahan Pentadbiran Tanah Negeri yang menyeragamkan proses kerja berkaitan bagi semua Pejabat Tanah di negeri ini.
Katanya, selain itu, pada 23 Mac lalu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menyampaikan sijil dan plak penghargaan kepada PTD Maran atas pencapaian sama dalam menyeragamkan proses kerja berkenaan.
Katanya, penyertaan itu sebagai menyahut cabaran kepimpinan negara supaya jabatan kerajaan mempertingkatkan prestasi dan penyampaian perkhidmatan dengan lebih sistematik kepada pelanggan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor