Foto ihsan Berita Harian Online
KUALA LUMPUR: “Ini dakwaan paling kotor dibuat terhadap seorang individu lebih-lebih lagi seorang menteri,” kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof sebelum memerintahkan penulis blog, Amizudin Ahmat membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana memfitnahnya.
Demikian lapor akhbar Berita Harian (Klik). Justeru itu blogger semua disarankan agar tidak terlalu berani dalam memainkan isu terutama yang belum tentu kesahihannya. Kebelakangan ini kita dapati banyak blog-blog pembangkang yang terlalu berani memutarbelitkan (spin) maklumat sehingga ianya memberikan kerosakan yang besar terhadap orang-orang tertentu. Blog juga sebagaimana facebook, sering menjadi alat golongan pembangkang untuk menyebarkan fitnahnya terhadap kerajaan serta para pemimpin kerajaan, ini tidak terkecuali kepada Perdana Menteri kita sendiri serta isterinya yang sering jadi kecaman mereka yang tidak bertanggungjawab.
Kita berharap agar pihak yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan keras terhadap mereka yang berkenaan supaya perkara demikian tidak akan menjadi ikutan kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor