Pages

Sunday, July 3, 2011

KOMEN NAK JADI KETUA PEMBANGKANG???


Ini satu cerita yang Semut kutip sewaktu 'blog-walking' ke Free Malaysia Today. Semut terserempak dengan dengan satu artikel yang menulis mengenai Si Anugay tu.

Artikel ini ditulis sebagai satu 'komen' didalam portal tersebut. Katanya, penulis tu juga merupakan kolumnis tetap untuk FMT.

Antara lain, penulis tu kata yang Si Anugay ni akan terus membawa masalah walaupun dia dibelakang tirai besi nanti. Ia akan mengakibatkan BN hilang lebih banyak kerusi.

Kelebihan Si Anugay ni, kata dia, disebabkan ketidak-mampuan UMNO menguruskan isu video seks Ketua Penipu itu sebelum ini.

Penulis tu juga turut membangkitkan persoalan, bagaimana UMNO dapat 'menguruskan' Si Ketua Penipu itu semata - mata untuk menyelamatkan Negara?

Maka cadangan yang diberikan ialah agar Si Ketua Penipu itu meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan berikan jawatan itu kepada orang lain.

Namun, persoalan baru juga akan timbul, kata penulis. Siapa pulak yang layak untuk menggantikan Si Anugay ni nanti sedangkan dialah yang menjadi jambatan dalam Pakatan?

Ada beberapa kemungkinan yang dapat disimpulkan daripada artikel ini. Pertama, penulis mungkin tidak melihat impak sebenar terhadap Si Ketua Penipu itu dalam isu video seks.

Mungkin penulis sendiri tidak membaca ulasan daripada Merdeka Review yang menyatakan bahawa populariti Si Ketua Penipu itu sudah semakin menjunam dikalangan rakyat.

Rakyat dah sedar bahawa Si Ketua Penipu ni memang tak layak untuk jadi pemimpin mereka. Rupa dia pun dah semakin bertambah buruk sejak kebelakangan ini.

Mengenai perletakkan jawatan Si Anugay tu sebagai Ketua Pembangkang, ianya adalah sesuatu yang ajaib untuk berlaku. 

Mati hidup semula pun, Si Ketua Penipu tu takkan meletakkan jawatannya. Malah kepimpinan Pakatan juga katanya tidak akan menggantikan sesiapa pun bagi jawatan tersebut.

Persoalan mengenai siapa yang akan menggantikan Si Ketua Penipu itu memang tak pernah wujud dikalangan Pakatan Pembangkang.

Adakah Si Penulis artikel tu nak mencalonkan diri dia sebagai ketua pembangkang yang baru? Ala, kita bukan tak kenal siapa dia penulis tu. 

Dia pemimpin yang kecewa dalam UMNO kerana tidak dipilih semula sebagai wakil rakyat. Jadi mungkin artikel tu ditulis untuk mengambil hati puak - puak Pakatan Pembangkang tu je. Macam la orang tak tau, ye tak?

Ps: Untuk baca artikel penuh, sila klik sini.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor