Rakyat Malaysia masih lagi berbicara mengenai Perhimpunan Bersih yang kononnya dijadualkan pada hari sabtu ini.
Dalam ceramah - ceramah Pakatan Pembangkang haramjadah tu jugak, kuat diorang pukul canang menyeru seluruh rakyat agar turun beramai - ramai pada hari tersebut.
Kononnya, kata diorang, perhimpunan itu boleh diibaratkan sebagai mewakili suara rakyat. Penyertaan mereka juga sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan yang dibuat.
Tapi, apa yang peliknya, diorang tak ada pulak bagi penjelasan mengenai tuntutan yang dibuat oleh Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil tu.
Tak ada seorang pun dikalangan pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang tu yang turun ke bawah dan menjelaskan mengenai tuntutan tersebut.
Pelikkan? Ya, memang pelik. Yang diorang buat hanyalah menghasut rakyat agar turun beramai - ramai sedangkan tuntutan yang dibuat tidak pula dijelaskan kepada rakyat.
Maknanya, mereka lebih mementingkan perhimpunan itu dari agenda yang termaktub dalam tuntutan yang dibuat. Padahal, perhimpunan itu yang dibantah, bukan tuntutan mereka.
Seorang pembaca blog Semut juga turut memberikan pandangan mengenai perkara ini. Dia juga turut menimbulkan persoalan - persoalan seperti berikut:
Kenapa pemimpin Pakatan Pembangkang itu sendiri tidak menyuarakan tuntutan tersebut sewaktu didalam Dewan?
Kenapa mesti organisasi lain yang membuat tuntutan tersebut sedangkan tuntutan itu boleh diusulkan didalam sidang Dewan sama ada di Sidang Parlimen atau Sidang DUN?
Berat sangat ke bontot diorang nak bangun dan memberikan cadangan terhadap usul tersebut? Apa gunanya mereka menjadi wakil rakyat jika perkara itu pun tidak mampu dibuat?
Ada betul juga apa yang dipersoalkan oleh mereka. Nak pulak kalau di Negeri - Negeri dibawah pemerintahan Pakatan Pembangkang itu sendiri.
Kalau diluar, handal sangat diorang melaung - laungkan tuntutan. Tapi bila didalam dewan, semuanya senyap. Semuanya diam. Kenapa?
Jawapannya mudah. Diorang mana tau nak bangkitkan isu tu didalam dewan. Yang diorang tau menipu rakyat je!!! Nama pun Penipu Rakyat, jadi menipu je la kerja mereka!!!
Ps: Kalau setakat diam je masa dalam Dewan, baik tak payah jadi Wakil Rakyat. Baik diorang jadi patung, jadi tugu Negara. Ada jugak faedahnya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor