Pages

Friday, July 8, 2011

BERSIH BERBOHONG



Bersih berbohong bila kata Bersih tidak terlibat dengan mana-mana parti politik. Ucapan AMK dala video klip diatas jelas sekali menyatakan bahawa PKR terlibat secara langsung dalam Bersih ini, malahan PKR lah perancang utamanya dengan tujuan membersihkan pemimpin anugerah Tuhan mereka @ Anu arr.

Bersih gunakan sentimen rakyat 'kununnya' untuk memperbetulkan sistem demokrasi. Kunun sistem demokrasi tidak adil dan tidak bersih. Jika benar SPR tidak bersih apakah mungkin 5 negeri jatuh ketangan pembangkang? Kenapa tidak PKR gunakan kaedah tidak bersih mereka itu untuk memenangkan BN dan mengelahkan semua pembangkang dalam PRU12 lalu?

Apa yang sebenarnya berlaku adalah pembangkang melalui bersih ingin merampas kerajaan, sama ada secara demokrasi ataupun demonstrasi, melakukan perkara kotor dengan alasan yang berish. Apakah kita masih tidak melihat pembohongan yang mereka lakukan ini?

Tujuan utama mereka adalah menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi ini dengan cara demonstrasi. Mereka tidak menghormati sistem demokrasi yang kita jalankan selama ini dan menganggapnya tidak baik, namun apa yang mereka lakukan itu adalah lebih buruk dari apa yang kerajaan lakukan sekarang ini. Menghuru-harakan negara akan mengundang pandangan buruk negara luar terhadap negara kita. Ekonomi yang berkembang pesat akan terbantut dan pelabur serta pelancong asing juga akan menghindari negara yang bergolak, ini akan mengurangkan sumber pendapatan negara.

Mereka yang menganjurkan bersih lebih rela melihat negara menjadi porak-peranda. Mereka adalah pengkhianat negara. Jangan biarkan diri kita terjebak dengan konspirasi kotor yang busuk ini. Justeru, jangan sertai demonstrasi bersih yang berniat kotor dan busuk ini. Halang saudara-mara dan anak-anak kita dari menyertainya. Jangan biarkan diri kita diperbdohkan lagi oleh pembangkang yang berkepentingan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor