Pages
▼
Monday, April 18, 2011
SIDANG DUN PAHANG (8): Pakatan Rakyat Berkabung?
Yang Berhormat Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Pahang mengucapkan tahniah kepada YAB Dato’ Sri Najib kerana Barisan Nasional telah menang dan memperoleh 2/3 majoriti dalam pilihan raya negeri Sarawak. Beliau berkata demikian semasa pembukaan Persidangan Yang Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Kedua Belas di Wisma Sri Pahang hari ini.
Persidangan DUN pada hari ini berjalan dengan lancar kerana tiada gangguan-gangguan daripada pihak pembangkang, berkemungkinan mereka sedang berkabung kerana kalah dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak. Paling mengejutkan PAS bertanding 5 kerusi dan kalah 5 kerusi bermakna kosong atau bahasa kasarnya "PAS dapat telur ayam". Nampaknya PAS hanya menang sorak sahaja.
Bagi menyedapkan hati PAS maka mereka mengatakan Pakatan Rakyat masih ada harapan di Sarawak, persoalannya PAS atau DAP atau PKR yang ada harapan. Bila sudah kalah maka mereka berilah alasan kononnya mereka 'lambat kempen' dan PAS di Sarawak lebih mirip kepada gerakan dakwah dan bukannya politik. Sebenarnya PAS langsung tidak releven di Sarawak dan ditolak oleh rakyat Sarawak.
Pengajaran daripada PRN Sarawak, DAP menjuarai kempen dengan mengunakan kepakaran menghasut isu agama,rasis ,fitnah dan berbohong. Strategi ini berkemungkinan bakal digunakan bagi menghadapi PRU 13 nanti. Mereka telah berjaya menabur fitnah kepada Kerajaan Negeri, contohnya isu penggunaan bahan kimia sianida dalam proses melombong emas di Daerah Raub. Walaupun Kerajaan Negeri telah menjelaskan bahawa ianya tidak merbahaya dan keselamatan rakyat terjamin namun mereka tetap berdegil.
Kini DAP memperalatkan PAS dan PKR untuk meraih simpati rakyat dalam isu pemberian lesen kepada Lynas Corp untuk membuka kilang di Gebeng Kuantan. Walaupun Kerajaan Negeri telah memberi penerangan tetapi mereka tetap berdegil kerana mereka melihat ada keuntungan politik di situ. PAS dan PKR tidak sepatutnya diperbodohkan oleh DAP dan bergelumang dengan fitnah dan dosa.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor