Pages
▼
Monday, April 18, 2011
Projek Empower Untuk Rakyat
Kerajaan Pahang memperuntukkan RM2.4 juta bagi membangunkan modal insan menerusi Projek Empower fasa kedua di Temerloh dan Kuala Lipis, menerusi program Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, projek fasa pertama yang dilaksanakan di Bentong tahun lalu membuahkan hasil apabila berjaya meningkatkan sosioekonomi penduduk miskin daerah itu. Katanya, Projek Empower bertujuan membantu golongan tersebut meningkatkan taraf hidup mereka melalui modul akademik, keusahawanan dan kemahiran.
Modul akademik yang dilaksanakan itu berjaya membantu ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia Malaysia (SPM).
Modul keusahawanan dan latihan kemahiran berjaya membantu golongan tersebut menambah pendapatan keluarga melalui perniagaan kecil-kecilan seperti mengambil tempahan di rumah, membaiki telefon bimbit dan komputer,” katanya kepada pemberita pada majlis penyempurnaan Fasa 1 Empower Bentong dan Fasa 2 Pahang di Bentong, semalam.
Projek Empower melibatkan 2,700 penduduk Bentong, Temerloh dan Kuala Lipis serta ia akan diperluaskan ke Cameron Highland dan seluruh Pahang secara berperingkat. Tambah beliau, bagi fasa pertama yang merupakan projek perintis bermula April 2011, ia melibatkan 1,000 penduduk Bentong terdiri daripada pelajar, penganggur, lepasan sekolah, siswazah, ibu dan bapa tunggal yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
RM4.1 juta dibelanjakan bagi menjayakan projek fasa 1 program itu yang diadakan 10 bulan dan ia memberi pendapatan tetap antara RM1,000 hingga RM1,500 kepada setiap peserta,” jelasnya. Menurut Adnan, ECERDC melantik Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia sebagai penyedia perkhidmatan bagi program Latihan Kemahiran Keusahawan.
Sebenarnya projek ini adalah untuk membantu penduduk kaum India di daerah ini yang masih ketinggalan, tetapi ia turut melibatkan Cina, Melayu dan kaum lain. Seramai 400 pelajar dari 12 sekolah yang menyertai Projek Empower bagi program akademik selama enam bulan untuk UPSR, PMR dan SPM memperoleh kelulusan 100 peratus. - Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor