Pages

Monday, April 11, 2011

PRN Sarawak : Isu 'lama' Perangkap PR



KUCHING 10 April – Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersetuju untuk berundur daripada jawatan itu pada masa sesuai selepas pilihan raya negeri akan datang.

Perdana Menteri berkata, perubahan kepimpinan negeri itu akan dilakukan secara terancang demi menjamin kestabilan politik di negeri berkenaan dan seluruh negara secara amnya.

Namun, katanya, rakyat perlu bersabar dengan pelan peralihan kuasa itu dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sentiasa memainkan isu kepimpinan Abdul Taib yang kononnya terlalu lama mentadbir negeri ini.(Sumber : Utusan Malaysia).

(Sebenarnya kepimpinan di kalangan ketua-ketua parti pembangkang lebih lama jika mahu dibandingkan dengan Ketua Menteri Sarawak sekarang.Sila lihat gambar di atas.

Ada yang berkerusi roda dan ada pula yang sudah bertongkat tetapi masih tamakkan kuasa tidak mahu melepaskan jawatan. Pengerusi DAP, Karpal Singh telah berusia 72 tahun dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merangkap Menteri Besar Kelantan kini sudah berumur 80 tahun.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah tua tetapi tidak mahu mengaku tua, almaklumlah mahu menjadi Perdana Menteri jadi tidak mengakulah tua.

Sudahlah tua banyak menipu rakyat pula tu dengan pelan membentuk kerajaan pada 16 September (2008). Elok gelaran Datuk Seri ditarik balik sahaja buat sementara waktu sehingga kes liwat dan video seks selesai).

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor