Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mengumumkan cadangan bajet 2011 sejumlah RM4.97 billion dalam mesyuarat Kedua bagi Penggal Ke-5 Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-16.
Pehin Sri juga memberitahu bahawa sebanyak 73 peratus atau RM3.63 billion daripada bajet itu dicadangkan untuk pembangunan manakala 27 peratus lagi atau RM1.34 billion akan didunakan untuk perbelanjaan semasa. Pada masa sama katanya, Bajet 2011 turut dijangka mencatat lebihan sebanyak RM60 juta berdasarkan andaian pendapatan kerajaan negeri berjumlah RM3.9 billion jika dibandingkan dengan jumlah perbelanjaan biasa iaitu RM3.84 billion.
Pihak pembangkang menuduh Pehin Sri Haji Abdul Taib berhasrat mengekalkan kuasanya semata-mata, namun hakikatnya khidmat dan sentuhannya untuk negeri Sarawak masih diperlukan oleh seluruh rakyat Sarawak, sejurang-kurangnya untuk beberapa tahun mendatang sehingga pengantinya benar-benar bersedia untuk mengambil alih kuasa.
Pihak pembangkang juga memainkan isu terlalu lama berkuasa sebagai satu hasutan untuk menjatuhkan kepimpinan kerajaan Sarawak, namun nampaknya mereka sendiri menutup apa yang mereka lakukan. Apakah mereka lupa bahawa Nik Aziz juga sudah begitu lama menjadi Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas. Umur Nik Aziz juga sudah lebih tua berbanding Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Berapa lama pula Karpal Singh dan Lim Kit Siang sudah berkuasa didalam parti masing-masing dan masih enggan melepaskannya kepada generasi terbaru?
Demikianlah dengan pembangkang dinegara kita, mereka hanya melihat kelemahan sebagai kesalahan orang lain namun dalam masa sama mereka juga melakukannya juga dan dengan tidak merasa bersalah sedikitpun. Inilah yang membuatkan generasi baru sukar menerima mereka sebagai alternatif kepada kepimpinan kerajaan. Bahkan generasi baru melihat mereka sebagai pembangkang yang sudah tidak relevan lagi kerana gagal berperanan sebagai pembangkang dengan lebih baik dan berkesan bagi kemajuan dan kemakmuran negara.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor