Pages

Monday, April 4, 2011

Mempopularkan Pahang Barat

Tourism Pahang akan menggandakan usaha mempromosikan destinasi pelancongan di Pahang Barat ekoran sambutan positif di kalangan pelancong tempatan dan luar negara.
 
Pengarahnya, Amran Abd. Rahman berkata, beberapa daerah di wilayah itu seperti Cameron Highlands, Lipis, Temerloh, Lanchang, Bentong dan Sungai Koyan akan dibangunkan secara agresif bagi tujuan ekopelancongan.

"Tourism Pahang akan bekerjasama dengan pihak tertentu bagi menjayakan usaha itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cherating Tourism Mart di Kampung Cherating Lama, di sini semalam.

Menurut Amran, pihaknya berusaha menjadikan laluan antara Cameron Highlands sehingga ke Bentong sebagai jalan pelancongan kerana ia memberi manfaat kepada penduduk di kawasan sekitarnya.

Jelasnya, pelancong akan melalui beberapa destinasi pelancongan di situ seperti perkampungan Orang Asli, kampung tradisional dan di Pusat Perlindungan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Temerloh.

"Destinasi terbabit kurang dikenali, tetapi mempunyai potensi untuk dibangunkan supaya menjadi pilihan pelancong untuk datang ke negeri ini," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor