Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menyediakan segala keperluan termasuk pinjaman buku teks kepada mereka terutama yang tinggal di luar bandar.
"Jika melihat kepada keputusan peperiksaan penting mendapati kebanyakan pelajar cemerlang adalah terdiri daripada mereka di luar bandar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bangau, di sini kelmarin. Ismail yang merupakan bekas pelajar sekolah itu berkata, terdapat segelintir golongan tersebut berjaya melanjutkan pengajian sehingga ke luar negara dan menjawat jawatan tinggi sama ada sektor awam atau swasta.
Sumber: Utusan Malaysia
Kerajaan sudah membuat yang terbaik untuk rakyat. Semuanya untuk kesejahteraan rakyat terutama untuk generasi akan datang. Tetapi apa yang puak Pakatan buat untuk generasi akan datang? Adakah mereka memberikan contoh yang baik kepada mereka?
Sejak PRU yang lalu, puak pakatan langsung tidak membuat apa apa kepada mereka melainkan menunjukkan contoh moral yang amat buruk. Merusuh, skandal seks, mengajar golongan muda supayai kurang ajar kepada orang tua.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor