Pages

Friday, August 30, 2019

[KUANTAN] KANAK-KANAK LITTLE CALIPHS KEMPADANG HAYATI SEMANGAT KEMERDEKAAN






Bagi menyemarakkan semangat cintakan negara, buat julung kalinya Tadika Muslim Kreatif (Little Caliphs Kempadang) di sini hari ini mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62.

Pengurusnya, Nurul Nabila Afifa Ab. Razak berkata, seramai 160 murid terlibat dengan mengayakan pakaian dan menyanyikan lagu-lagu patriotik pada program sambutan berkenaan.

Katanya, usaha tersebut bukan sahaja dapat mengumpulkan kanak-kanak berkenaan bagi menghayati bulan kemerdekaan namun secara tidak langsung menanamkan rasa cinta terhadap tanah air sejak kecil.

"Banyak aktiviti menarik yang mereka lakukan antaranya pertandingan mewarna dan pakaian patriotik kreatif.

"Mereka juga didedahkan dengan kerja secara berpasukan yang dapat mengeratkan hubungan antara pelajar tadika menjadi simbolik kepada pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Nurul Nabila berkata, generasi cilik berkenaan harus mempunyai ketahanan mental bagi menghadapi cabaran globalisasi yang semakin canggih.

“Mereka perlu melengkapkan diri dengan semangat patriotisme yang tinggi agar menjadi lebih kompetitif dan dinamik.

“Oleh itu, kanak-kanak ini harus memahami dan menghayati sejarah perjuangan negara bagi mencapai kemerdekaan serta menjamin keamanan dan kemakmuran negara,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor