UMNO tidak mengamalkan dimensi ‘politic of fear’ iaitu politik yang menakut-nakutkan rakyat sebaliknya sentiasa memberikan keyakinan dan pengharapan kepada rakyat supaya terus menaruh kepercayaan kepada parti itu untuk mentadbir negara.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti yang memainkan ‘politic of fear’ ialah pihak yang tidak ada kuasa dan cuba menumbangkan pemerintah.
Menurut Najib, UMNO sebuah parti yang berkuasa, jadi tidak perlu untuk memainkan dimensi’politic of fear’ kerana ini akan menghancurkan harapan rakyat kepada kerajaan.
“Yakinlah UMNO tidak main ‘politic of fear’ tapi kita memberikan pengharapan kepada rakyat.
“Kalau rakyat rasa tak ada harapan masa depan, apa akan berlaku? Negara akan berkemacuk, bercelaru, tak tentu hala, tiada panduan tapi UMNO akan terus berikan pengharapan kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Parit di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor