Pages

Monday, July 31, 2017

[ROMPIN] ‘PULANGKAN IPHONE 6 ADIK SAYA'


‘Pulangkan iPhone 6 adik saya’


“Pulangkan iPhone 6 adik saya,” demikian gesaan seorang penduduk Kampung Pontian, di sini, terhadap individu yang mengambil telefon bimbit itu ketika adiknya sedang berurusan di sebuah bank, di sini, Khamis lalu.

Mohd Noor Ab Ghani, 33, berkata, kejadian itu berlaku amat pantas sekitar jam 10 malam ketika adiknya, Umar Fadzlee Ab Ghani, 19, tertinggal telefon bimbitnya itu di mesin ATM selepas mengeluarkan wang dan mahu berurusan di mesin deposit tunai yang hanya selang dua mesin sahaja.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank itu, suspek yang berada di belakang adiknya tidak mengeluarkan wang sebaliknya mengambil kesempatan dengan mengambil telefon bimbit yang tertinggal dan terus beredar.

“Kita boleh tengok dengan jelas rakaman CCTV suspek melakukan perbuatan itu dan saya minta dia pulangkan balik telefon.

“Kami dah buat laporan polis, rakaman CCTV juga dah diambil jadi bukti, sebabkan perkara macam ni banyak urusan tergendala,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Noor berkata, berdasarkan isyarat ditunjukkan dalam laman sesawang Apple, telefon bimbit itu dikesan berada di Jeti Bandar Lama Kuala Rompin dan kemudian bergerak ke Taman Exora berhampiran Kampung Sepakat.

“iPhone 6 itu adik saya dah sekat melalui mode kecurian, jadi ia tak boleh digunakan dan lebih baik pulangkan saja kepada pemiliknya,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor