Pages

Thursday, July 6, 2017

[PEKAN] PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN HADIR KE UMP


Pemangku Raja Pahang berkenan hadir ke UMP


Pemangku Raja Pahang,Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berangkat menyempurnakan Majlis Pelancaran Pembinaaan Kolej Kediaman Mawaddah dan Majlis Sambutan Aidilfitri Universiti Malaysia Pahang(UMP)kampus Pekan di sini.

Melalui pelancaran pembinaan kolej kediaman ini,menyaksikan satu lagi projek penting dibangunkan melalui inisiatif MyGift secara wakaf dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang(Muip) khusus untuk mahasiswa UMP dalam kalangan asnaf dan anak yatim.

Kolej Kediaman Mawaddah dibangunkan atas tapak seluas 0.8 hektar dalam kawasan kampus UMP Pekan dengan kos RM5 juta.

Pembinaan bangunan asrama dua tingkat itu akan dimulakan tahun ini dan dijangka siap pada 2018.

Selain menyediakan kemudahan penginapan kepada 220 mahasiswa,bila siap kelak ia akan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan makan, ruang serba guna dan pejabat pentadbiran.

Mahasiswa yang terpilih untuk tinggal di asrama itu akan dikecualikan yuran penginapan sepanjang pengajian.

Pihak UMP menubuhkan sekretariat khas untuk menyelaras urusan berkaitan perancangan inisiatif dan penyaluran sumbangan berkaitan projek ini bagi memastikan projek berjalan dengan teratur.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor