Pages

Sunday, July 30, 2017

ISU ANAK LUAR NIKAH: UMAT ISLAM DIMINTA BERTENANG - JAKIM


JAKIM_SANGKAL.jpg


Kuala Lumpur: Umat Islam di negara ini diminta tidak mudah melatah terhadap kebenaran Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak diluar nikah di'bin'kan dengan nama bapa.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha, berkata penasaban anak tidak sah taraf orang Islam diteruskan seperti sedia ada sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan diperoleh.

"Semoga usaha pihak JPN melalui Jabatan Peguam Negara untuk menfailkan rayuan terhadap kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan akan berjalan lancar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan anak tidak sah taraf boleh dibin atau dibintikan bapanya.

Terdahulu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan JPN, pihaknya mengekalkan penggunaan nama Abdullah sebagai bin atau binti anak tidak sah taraf, sementara menunggu keputusan selanjutnya oleh Mahkamah Persekutuan.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Mohd Yazid Ramli, berkata sebarang pindaan terhadap pelaksanaan semasa hanya akan dipertimbangkan selepas keputusan Mahkamah Persekutuan diperoleh, setelah JPN menfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor