Pages

Monday, July 31, 2017

DATUK BANDAR DAN ISTERI DITEMBAK MATI



Seorang datuk bandar bersama 11 orang yang lain telah ditembak mati dalam kempen anti dadah di bawah pentadbiran presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Reynaldo Parojinog, adalah datuk bandar ketiga dibunuh dalam usaha kerajaan membasmi pengedaran dadah.

Reynaldo, yang merupakan datuk bandar di bandar Ozamiz, maut dalam pertempuran dengan polis ketika pihak berkuasa menyampaikan waran geledah di rumah ladangnya.

Selain Reynaldo, abang dan isterinya turut ditembak mati ketika mereka melawan.

Manakala anak perempuan yang juga timbalan datuk bandar, Nova Echaves telah ditangkap.

Sebelum ini, Reynaldo berdepan dengan tuduhan rasuah namun menafikan pembabitan dalam pengedaran dadah,.

Duterte, yang juga bekas datuk bandar Davao, memenangi pilihan raya presiden pada Mei tahun lepas, setelah berjanji untuk membendung masalah dadah serta membunuh pengedar bahan terlarang itu.

Beliau juga berikrar untuk tidak berhenti selagi pengedar dadah terakhir di negara itu dibunuh.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor