Kuala Lumpur - Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 turun dua sen, masing-masing kepada RM1.89 seliter dan RM2.15 seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam tadi bagi tempoh 29 Jun hingga 5 Julai.
Harga runcit diesel pula turun empat sen kepada RM1.84 seliter.
Ini dinyatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui laman sesawangnya secara infografik.
Bagi minggu 22 hingga 28 Jun, harga runcit mingguan bagi RON95 ialah RM1.91 seliter, RON97 RM2.17 seliter dan diesel RM1.88 seliter.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor