Shah Alam - Nahas pertunjukan bunga api di Klang jelas menunjukkan kelemahan tadbir urus oleh kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan, kata Pengerusi Gerakan Selangor, Datuk David Ang Chin Tat.
Beliau berkata memang tidak boleh diterima sama sekali bagi pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbasndaran Klang (MPK) untuk tidak memohon permit untuk mengadakan pertunjukan bunga api dan mengupah operator tidak berlesen untuk mengadakan pertunjukan bunga api bagi sambutan Tahun Baru.
"Ia tidak boleh diterima sama sekali bahawa MPK, yang tugasnya adalah mengeluarkan dan menguatkuasakan pelbagai lesen dan permit, tidak memohon permit dan mengupah syarikat tidak berlesan, sekali gus meletakkan 15,000 nyawa orang ramai menghadapi risiko," katanya dalam satu kenyataan.
Awal pagi Ahad, sebanyak 14 orang - 10 orang dewasa dan empat kanak-kanak - cedera apabila terkena serpihan bunga api apabila meletup di atas tanah di Kompleks Sukan Pandamaran semasa sambutan tahun baharu.
MPK ialah penganjur Fiesta Gegar Klang yang berlangsung dari 30 Disember hingga 1 Januari.
David Ang menegaskan bahawa kerajaan Selangor harus bertanggungjawab atas kegagalan dan kecuaian jenayah dalam melaksanakan tugasnya kepada penduduk Selangor.
Beliau juga mensesak Exo Selangor yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan, Ean Yong Hian Wah dan mereka yang didapati bertanggungjawab atas kecuaian itu segera meletak jawatan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor