KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu pagi ini berkurangan kepada 1,022 orang berbanding 1,606 orang malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Lt Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, ketika ini hanya 302 keluarga masih berada di 21 pusat pemindahan di lima buah daerah.
"Daerah Hulu Terengganu yang terjejas teruk menunjukkan penurunan ketara dengan jumlah mangsa hanya seramai 361 orang setakat jam 8 pagi berbanding 853 orang pada jam 10 malam tadi.
"Dua pusat pemindahan di daerah itu telah ditutup menjadikan bilangan yang masih dibuka hanya empat buat iaitu di Hulu Terengganu.
"Di Marang pula, jumlah mangsa menurun kepada 488 orang dari 127 keluarga berbanding 540 orang dari 141 keluarga.
"Namun jumlah mangsa di Dungun kekal dengan 87 orang dari 20 keluarga. Kemaman (87 mangsa dari 20 keluarga) dan Setiu (28 mangsa dari tujuh keluarga)," katanya.
Sumber - Bernama
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor