Pages

Wednesday, January 4, 2017

[KUANTAN] BERDOSA JIKA KELUARKAN FATWA TANPA ILMU


Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Othman


Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Othman menegaskan orang Islam, khususnya adalah berdosa sekiranya bertindak mengeluarkan sebarang fatwa tanpa ilmu.

Jelasnya, perkataan tersebut boleh mendatangkan perpecahan dan mengelirukan umat Islam serta masyarakat umum apatah lagi jika fatwa tersebut dikeluarkan sumber tidak rasmi.

Kenyataan Mufti Pahang susulan daripada tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammed mengatakan ibadah haji menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD), tidak akan mendapat haji mabrur ketika menyampaikan ceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah.

Dalam pada itu, menurutnya masyarakat perlu mengelak dari berpegang kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tidak mempunyai autoriti dan bertanggungjawab untuk berbuat demikian.

“Sebarang hukum hakam dan fatwa, hendaklah diambil daripada sumber yang betul seperti Jabatan Mufti dan Majlis Agama Islam.

"Janganlah kita sewenangnya mengambil daripada mana-mana sumber tidak rasmi terutama mereka yang tidak ada autoriti dalam mengeluarkan fatwa.

"Tindakan ini adalah perkara yang boleh mendatangkan fitnah dan menyebabkan perpecahan dalam masyarakat...kalau orang tak tahu fatwa, dia keluarkan fatwa, berdosa dia sekali gus melakukan satu dosa kerana mengeluarkan fatwa tanpa ilmu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor