Pages

Tuesday, September 8, 2015

[JERANTUT] TAMAN NEGARA SEDIA MENERIMA PELANCONG





8.9.2015. - Taman Negara yang menyimpan khazanah hutan tropika tertua di dunia semakin digemari pengunjung tempatan sejak tahun-tahun terakhir ini. Dengan keluasan tanah 7 kali ganda Negara Singapura, ia turut menempatkan lebih 14,000 spesis tumbuhan dan lebih 200 spesis mamalia.

Lokasi utamanya seperti Lata Berkoh terus digemari pengunjung kerana mereka akan melalui pengalaman menaiki bot yang mengharungi sungai di bawah pohon-pohon besar. Dalam perjalanan  bot ke sana, sebuah pokok tualang yang dianggarkan berusia lebih 600 tahun dengan ketinggian lebih 50 meter menanti kunjungan tetamunya, terletak hanya 10 meter dari tebing sungai.

Di Lata Berkoh, pengunjung, pada kebiasaannya tidak melepaskan peluang untuk  bermandi-manda bagi menikmati air nyamannya  yang mengalir dari kawasan yang tidak pernah diterokai sejak kewujudan bumi.

Laluan “canopy walkway” yang mula diperkenalkan kepada umum lebih 20 tahun lalu masih mengamit pengunjung untuk terus hadir bagi menikmati alam semulajadi dari atas pokok. Laluan sepanjang lebih 1 kilometer memberi peluang kepada pengunjung untuk mengalami sendiri pengalaman berada di alam semulajadi dari ketinggian lebih 40 meter dari tanah. Sama seperti burung-burung hutan yang mencari rezeki di kawasan ini.

Penduduk asli Kaum Bateq juga mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke perkampungan mereka di tebing Sungai Tembeling dengan memberi demonstrasi menyumpit dan menyalakan api dari rotan dan kayu.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancong Taman Negara, Abdul Jalil Abdul Rahman berkata kemasukan lebih ramai pelancong tempatan membuka ruang  kepada kesedaran, mengenali dan mencintai hutan tropika tertua di dunia ini.

Beliau berharap kerajaan Malaysia akan terus melindungi keindahan khazanah dunia ini  dengan melakukan pembangunan tanah secara terkawal di kawasan indah ini. Selain itu kemasukan pelancong juga harus dikawal bagi memastikan 'carrying capasiti' terkawal.

Lebih 800 penduduk perkampungan yang terletak dalam persekitaran Taman Negara mendapat punca rezeki mereka daripada industri pelancongan Eko-Pelancongan.














No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor