Pages

Tuesday, October 21, 2014

VIDEO PEMAIN BOLA SEPAK MAUT KERANA AKSI AKROBATIK


SEORANG pemain bola sepak Liga Perdana Mizoram, India maut apabila gagal melakukan gaya balik kuang (somersault) dengan sempurna ketika ingin meraikan gol bersama rakan sepasukan.

Peter Biaksangzuala, 23, disahkan meninggal dunia di hospital pada Ahad selepas dipercayai mengalami kecederaan serius di tengkuk apabila gagal merebahkan badan dengan baik semasa melakukan aksi balik kuang.

Biaksangzuala melakukan aksi balik kuang selepas berjaya menghasilkan jaringan untuk kelabnya, Bethlehem Vengthlang FC pada minit ke-62 ketika menentang Chanmari West FC.


Pemain tengah itu dilaporkan dirawat di hospital selama lima hari sebelum doktor bertindak menghentikan alat penafasan selepas tiada reaksi positif.

Difahamkan Biaksangzuala telah menderma matanya kepada hospital berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor