Kuala Lumpur - Seorang penumpang disahkan meninggal dunia semasa berada dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 yang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dari Jeddah, semalam.
AirAsia X Berhad dalam satu kenyataan ringkas kepada Astro Awani mengesahkan laporan berkenaan serta memberitahu bahawa ahli keluarga penumpang tersebut serta pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai perkara ini.
“Kami sedang menyediakan segala jenis bantuan yang diperlukan ketika ini,” kata kenyataan tersebut.
Punca kematian belum dapat dikenal pasti.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor