Jerantut - Pengerusi Biro Penerangan, Media Baru dan IT UMNO Bahagian Jerantut YB Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail memaklumkan bahawa bironya akan turut bersama-sama beberapa pertubuhan lainnya menganjurkan satu majlis ceramah agama dengen menjemput penceramah selebriti YBhg. Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz.
Ceramah Agama Perdana berkenaan akan diadakan di Padang Awam FELDA Jengka 8 bermula jam 9.00 malam 15hb Mei 2014 bersamaan hari Khamis.
Muslimim dan muslimat dari jauh dan dekat adalah dijemput untuk bersama-sama hadir pada waktu dan tarikh berkenaan.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor