Kuala Lumpur: Polis mengesahkan akan memanggil Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan ahli parlimen yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, beliau diminta hadir hari ini pada jam 11 pagi tadi.
"Namun Setiausaha Sulit beliau memaklumkan beliau hanya dapat hadir pada 13 Oktober (esok) jam 9 pagi.
"Justeru itu, polis sudah menangguhkan temujanji berkenaan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, setakat ini pihaknya menerima enam laporan polis berhubung dakwaan berkenaan.
"Polis menegaskan kepada orang ramai supaya tidak gusar dengan penyebaran berita berkenaan dan menasihatkan supaya tidak tidak menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya.
"Pihak polis tidak teragak-agak akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu dan tidak sahih," katanya
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor