KUALA
LUMPUR, 16 Julai – Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid
menempelak PKR Perak yang biadap terhadap kematian Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib.
Ini kerana
katanya, ketika mana jenazah Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dan Ahli Majlis
Kerja Tertinggi UMNO itu masih belum lagi disempurnakan pengebumiannya tetapi Pengerusi
PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sudah mengumumkan partinya akan
bertanding di pilihan raya kecil (PRK) kerusi DUN Slim.
“Jenazah
belum kebumi lagi, dah umum akan bertanding PRK.
“Melampau
PKR/PH ni, tidak sensitif terhadap Datin dan anak-anak Allahyarham Datuk
Khusairi,” kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
itu dalam satu hantaran di Facebook sambil meninggalkan tanda pagar #biadap
#pernahlalui.
Dilaporkan
semalam, sebaik sahaja negara mendapat perkhabaran Mohd Khusairi meninggal
dunia, Farhash di dalam satu kenyataannya di Facebook turut berkata PKR Perak
akan meletakkan seorang calon dari parti itu bagi bertanding di kerusi DUN
tersebut.
Terdahulu,
dalam platform media sosial yang sama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menimbulkan persoalan adakah sudah terhakis
politik kemanusiaan dalam diri Setiausaha Politik Politik Presiden PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim itu.
“Jenazah
arwah Datuk Khusairi masih belumpun diselenggara dan dikembumikan, tetapi
Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR ini terus membicarakan
soal calon pilihan raya kecil DUN Slim.
“Apakah
sudah terhakis politik kemanusian sehingga tiada langsung sekelumit perasaan
ihsan dan simpati kepada keluarga Arwah yang masih bersedih atas berita
kematian mengejut Datuk Khusairi petang kelmarin? Soalnya, dengan meletakkan
tanda pagar #HilangnyaPolitikKemanusiaan.
Begitu
dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang
berkata PKR Perak sebagai kurang adab.
“Jenazah
pun belum dikebumikan. Tiada hormat langsung kepada arwah Datuk Khusairi.
“Tiada
hormat langsung kepada keluarga. Tiada hormat langsung kepada penduduk Slim.
“Kurang
adab,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.
Mohd
Khusairi, 59, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 4.15
petang di Hospital Bentong selepas tiba-tiba pengsan ketika bermain golf di
Awana Genting Highlands Golf and Country Resort sekitar 2.30 petang semalam.
Allahyarham
meninggalkan seorang isteri, Datin Jamilah Nordin dan tujuh orang anak.
Mohd
Khusairi, menjadi wakil rakyat Slim selama empat penggal sejak 2004 dan
berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Jenazah
Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Behrang,
Slim River, Perak pada jam 9.20 pagi tadi selepas disembahyangkan di Masjid
Masjid Al Rahmaniah Felda Sungai Behrang kira-kira jam 8.30 pagi yang diimamkan
oleh anak sulungnya, Mohd Amirul Khamil, 30.
Malam tadi,
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menziarahi Allahyarham di
Pusat Forensik Hospital Bentong, Pahang dan mengimamkan solat jenazah
Allahyarham di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong, yang turut dihadiri
pemimpin-pemimpin UMNO dan lain-lain, sebelum dibawa pulang ke kediaman ibunya
di Felda Sungai Behrang.
SUMBER – UMNO ONLINE
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor