PEKAN, 4 Julai – Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil
(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain bersama isteri
Norhiliyana Abd Hamid, mengundi di Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Felda Chini 3,
jam 9.10 pagi tadi.
Sebanyak 13 pusat pengundian dan 65 saluran disediakan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan prosedur operasi standard (SOP) yang
ketat dalam suasana pengundian normal baharu.
Secara keseluruhan, terdapat 66 saluran di 14 pusat mengundi
bagi DUN Chini termasuk saluran dan pusat mengundi awal membabitkan 18 pengundi
polis yang selesai pada 30 Jun lepas.
PRK DUN Chini menyaksikan 20,990 pengundi yang terdiri
daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal.
PRK kawasan berkenaan menyaksikan pertembungan tiga penjuru
antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Shahrim Md Zain yang akan berdepan dua
calon Bebas iaitu, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri
Mohd Ramli.
PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya
Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat
serangan jantung. Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya
Umum ke-11.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Abu Bakar menang
dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS
Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali
Ithnain dari PKR sekadar memperoleh 1,065 undi
SUMBER .- UMNO Online
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor